活动照片

活动照片1 活动照片2 活动照片3 活动照片4 活动照片5 活动照片6 活动照片1 活动照片2 活动照片3 活动照片4 活动照片5 活动照片6

★☆ 家长们特别注意: 请遵守交通规则, 请注意孩子们的安全!☆★

★☆ 近期空气素质受到雾霾影响,为了保障孩子们的健康与安全,学校将持续关注*空气污染指数(IPU)*的最新情况,并适时采取相应措施。!☆★

★☆ 2027学年度一年级新生家长注意:点击链接查询新生班级与名牌线上订购通知!☆★

Mimpi Yang Menakutkan



Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian.

Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sementara menunggu ibu bapa balik dari majlis hari jadi kawan mereka. Saya tidak dapat pergi kerana ingin mengulang kaji.Hari esok ada peperiksaan di sekolah.

Pada masa itu,suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah tidur.Udara sangat sejuk kerana di luar rumah hujan turun dengan lebat.Oleh kerana itu,saya minum secawan milo panas untuk memanaskan badan saya.

Tiba-tiba,bekalan elektrik terputus,keadaan di rumah saya menjadi gelap-gelita.Saya berasa sangat takut.Ketika itu,saya terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka ibu bapa saya sudah pulang dari majlis hari jadi kawan mereka.Saya berlari untuk membuka pintu.

Apabila pintu terbuka,saya melihat seorang perempuan yang sangat cantik seperti puteri raja.Tiba-tiba,perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli sihir yang sangat hodoh.Dia berambut pendek seperti penyapu,bermata merah dan berkuku panjang.

Dia ingin makan daging saya dan minum darah saya.Dia terbang menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya berasa sangat takut lalu berlari dengan pantas.Tiba-tiba,saya terlanggar meja lalu air milo tumpah di atas badan saya.Aduh,panasnya!Pada masa itu,ahli sihir itu mencekik leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta tolong.Apabila saya membuka mata, saya dapati ibu sedang mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya hanya bermimpi.Badan saya berasa sakit kerana terjatuh dari katil dan saya kebasahan kerana saya terkencing ketakutan.

Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Soong Yee Xuan

5S