活动照片

活动照片1 活动照片2 活动照片3 活动照片4 活动照片5 活动照片1 活动照片2 活动照片3 活动照片4 活动照片5

★☆ 家长们特别注意: 请遵守交通规则, 请注意孩子们的安全!☆★

Aku Sebuah Komputer

Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat daripada kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan sebagainya. Aku berwarna putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga mempunyai beberapa anak seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo, Jepun.

Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa kawan seperti Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah RM 2500.00.

Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang akauntan.

Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.

Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula.

Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.

Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.

Liang Wai See

6S

Mimpi Yang Menakutkan



Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian.

Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sementara menunggu ibu bapa balik dari majlis hari jadi kawan mereka. Saya tidak dapat pergi kerana ingin mengulang kaji.Hari esok ada peperiksaan di sekolah.

Pada masa itu,suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah tidur.Udara sangat sejuk kerana di luar rumah hujan turun dengan lebat.Oleh kerana itu,saya minum secawan milo panas untuk memanaskan badan saya.

Tiba-tiba,bekalan elektrik terputus,keadaan di rumah saya menjadi gelap-gelita.Saya berasa sangat takut.Ketika itu,saya terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka ibu bapa saya sudah pulang dari majlis hari jadi kawan mereka.Saya berlari untuk membuka pintu.

Apabila pintu terbuka,saya melihat seorang perempuan yang sangat cantik seperti puteri raja.Tiba-tiba,perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli sihir yang sangat hodoh.Dia berambut pendek seperti penyapu,bermata merah dan berkuku panjang.

Dia ingin makan daging saya dan minum darah saya.Dia terbang menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya berasa sangat takut lalu berlari dengan pantas.Tiba-tiba,saya terlanggar meja lalu air milo tumpah di atas badan saya.Aduh,panasnya!Pada masa itu,ahli sihir itu mencekik leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta tolong.Apabila saya membuka mata, saya dapati ibu sedang mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya hanya bermimpi.Badan saya berasa sakit kerana terjatuh dari katil dan saya kebasahan kerana saya terkencing ketakutan.

Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Soong Yee Xuan

5S

崇文学生投稿文章见报啦!



学生网上学习网页


学生网上学习网址: