★☆ 家长们特别注意: 请遵守交通规则, 请注意孩子们的安全!☆★

【新闻剪报】it@Metro报导崇文Google Success Stories

it@Metro


Tukar cara didik pelajar

Misalnya, aplikasi seperti Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) digabung dengan stor aplikasi Google untuk tujuan pendidikan memudahkan pendidik berhubung dengan setiap pelajar dalam kelas mereka. 
Bagi guru, Tan Shin Yee, ia sukar untuk menangani pelajar yang aktif dan bersikap ingin tahu dalam satu kelas tetapi lebih sukar apabila tenaga pengajar mempunyai waktu yang terhad untuk memberikan perhatian yang sama rata kepada semua dan memastikan apa yang diajar dapat diterima. 

“Saya sering bimbang dalam meluaskan capaian kepada semua pelajarnya namun selepas melaksanakan pendidikan berasaskan ‘cloud’ sebagai sebahagian daripada teknik pembelajaran, banyak perubahan dapat dilihat,” katanya.

Bagi pelajar, menggunakan Chromebook secara ‘online’ bagi mengakses aplikasi dan Frog VLE kini bukan sesuatu yang asing lagi.

Karlson Thien, 10, berpendapat penggunaannya menjadikan kaedah pembelajaran lebih menyeronokkan. 

“Saya menggunakan Hangouts serta e-mel untuk berborak dan berkomunikasi dengan kawan-kawan selain Docs untuk kerja kursus,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03