★☆ 家长们特别注意: 请遵守交通规则, 请注意孩子们的安全!☆★

吉隆坡资讯组简报



Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2016

Tarikh: 26 Ogos 2016 ( Jumaat )
Masa: 8:00pg
Pegawai Pengiring: Pn Rosilawati Maabar ( Pegawai PSP )

PSSK 2016 bagi kategori sekolah rendah telah selesai dilaksanakan di SJKC Choong Wen pada 26 Ogos 2016.

Hakim penilaian terdiri daripada Tn. Hj. Amir Akram@Amir b. Abd. Majid dari BTPN Trengganu dan En. Mazrizal b.Hashi dari Perpustakaan Kuala Lumpur. En. Mustapa Alba b. Umar, Penolong Pengarah BTPNWPKL, Pn. Rosilawati bt Maabar, UPSP BTPNKL dan En. S’aleh b. Osman turut mengiringi hakim sepanjang sesi penilaian diadakan.

Para hakim, pegawai pengiring,pentadbir sekolah, Badan Pengelola Sekolah, Wakil PIBG telah disambut dengan persembahan Gendang Cina dan Wushu murid-murid SJKC Choong Wen.

Aluan Pengetua, taklimat lengkap dan previu video korporat sekolah diadakan sebelum lawatan ke persekitaran dimulakan.

Sepanjang lawatan ke persekitaran sekolah, Guru Besar, En. Wong Shee Fatt telah memberikan penerangan ringkas  setiap bilik, sudut , taman, makmal STEM dan lain-lain inovasi sekolah.

Pusat Sumber yang diwujudkan oleh SJKC Choong Wen adalah sebuah Pusat Sumber e-Library Hyread yang bercirikan Digital Library, dimana saluran komunikasi pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan internet. Begitu Komunikasi ibubapa, pentadbir, guru-guru dan pihak NGO adalah melalui melalui media baru.

Aktiviti Little Beethovan yang diadakan di dalam bilik media SJKC Choong Wen telah berjaya menarik minat para hakim dan konsepnya telah dijelaskan oleh Pn. Tan, Guru Perpustakaan Media. Aktiviti ini telah memberi impak yang besar kepada murid yang lemah dan bermasalah di sekolah tersebut melalui persembahan piano pada setiap waktu rehat hari jumaat.

SJKC Choong Wen juga amat menitikberatkan Pembelajaran Abad ke 21 dimana pihak sekolah telah mewujudkan satu bilik khas di dalam Pusat Sumber yang dikenali sebagai Connected ClassroomMelalui aplikasi Hangout, murid-murid dapat berkomunikasi terus bersama pelajar dari luar Negara pada masa yang sama. Para hakim dapat menyaksikan sendiri dan diberi peluang untuk berkomunikasi bersama pelajar dari Negara luar, Korea, Taiwan dan India pada jam 10.30 pagi.

Selain itu, Digital Frame merupakan susunan beberapa monitor terpakai yang diubahsuai. Digital Frame mempamerkan maklumat mengenai aktiviti sekolah dan murid-murid boleh mencari maklumat dari seluruh dunia hanya melalui touchscreen di monitor tengah menggunakan teknologi NComputing.

Pemeriksaan dokumen, eviden dan temubual bersama beberapa orang murid dan guru turut diadakan sebagai SOP penilaian sebelum rumusan dibuat oleh kedua-dua hakim.
Majlis Penutup diadakan dengan pembentangan hasil rumusan penilaian oleh hakim kepada pihak sekolah. Hakim turut mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha gigih dan inovasi cemerlang sekolah.

Pengetua sekolah turut  penghargaan dan terima kasih oleh pentadbir kepada para hakim yang begitu komited, pihak BTPNWPKL atas bimbingan yang diberikan kepada pihak sekolah dan warga sekolah kehebatan mereka merealisasikan SJKC Choong Wen sebagai calon PSS cemerlang di Peringkat Kebangsaan 2016.

Tahniah dan syabas dari pihak BTPNWPKL kepada warga SJKC Choong Wen kerana telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa penilaian PSSK 2016 dan akan terus mengekalkan kecemerlangan serta menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laporan Oleh: Pn Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant